Ahad, 7 Oktober 2012

~Rasa ini~

Assalamualaikum...


Hari tu pelbagai perasaan aku rasa...hanya pada pagi tu sahaja..bagaikan sekelip mata sahaja perasaan tu menerjah...

Pada awal pagi tu, aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja...jam dah menunjukkan pukul 07:40 pagi...aduhhh, lambat lagi...lagi lima minit je lagi...habis la aku...grenti nama naik lagi masa meeting nanti ni...desak hati aku...ni aku lambat semuanya gara-gara anak aku yang buat perangai bila di pagi hari...tak nak mandi la...tak nak pakai baju la..."aduhhh, sayang mama...jangan la buat mama macam ni...mama dah lambat ke tempat kerja ni Aliya..."

Start je enjen kereta, berdesup aku terus bawa kereta..."harap-harap tak bersaing dengan bas...(dah la jalan sehala untuk laluan bas)" tak sampai 200meter jalan dah ternampak bas datang ke arah jalan yang aku nak lalu..."harap-harapnya bas tu berhenti la..bagi peluang aku yang kecik ni nak lalu dulu tak pun bagi aku lalu ke arah jalan sebelah sana untuk aku ikut laluan parking kereta tu..." detik kat hati aku la..mana tahu driver bas tu baik hati ke kan...yela...dah la aku dah lambat pergi kerja nih...tapi betapa bengangnya aku...pagi-pagi dah buat aku panas kan...boleh driver bas tu suruh aku berundur...reverse!!! Alah lagi pun jalan tu dulu bukannya sejak azali one way...bas pun jarang je lalu situ...sejak students baru je ada, baru terhegeh-hegeh nak lalu situ...macam tak ada tempat U-turn lain dah tau...menyusahkan orang lain yang bawa kereta untuk lalu laluan yang jauh...

Nak tak nak, terpaksa la aku berundur jugak...nak lawan, dia besar...aku kecik...laju jugak aku buat reverse...memang laju la...bengang punya pasal...nasib baik aku tak langgar kereta orang yang dok parking kat tepi-tepi jalan tu...kalau tak memang mampus la kereta orang tu marah lak kat aku nih...sampai je kat food court putra, aku masuk kat tempat parking dia...nasib baik muat untuk kereta aku..(kereta aku persona jek...) parking bontot kereta kat situ dan terus suruh bas tu jalan pergi mampus...ish...geram aku!!! memang lambat jugak aku pergi kerja nih!!! lepas bas tu blah je, aku terus masuk gear 1 dan terus tekan minyak...lalu je kat jalan sehala tu tadi...peduli apa aku tu jalan ayah kau ke apa ke kan...yang penting aku kena pergi kerja sekarang!!!

Nak dijadikan cerita...semasa aku masuk simpang...kereta aku duduk dekat belakang satu kereta ni...tak ingat la aku kereta apa...perasaan aku waktu tu tak payah cakap lagi la...memang merah padam kot tahan marah di sebabkan bas tu td...bawa kereta memang laju tak hingat dah...sekali aku terpadang la ke arah side mirror pemandu kereta depan..memang terkejut giler..."betul ke itu dia?? bukan kot..." detik hati aku...perasaan marah pada masa tu terus hilang..hinggap pulak perasaan ingin tahu...aku cuba untuk pastikan adakah orang yang aku lihat sebentar tadi melalui cermin sisi itu adalah orang yang betul...sebab macam ada persamaan antara diorang...tapi bila aku fikir logik...tak mungkin la dia ada kat sini..."ermm..bukan agaknya...mungkin khayalan aku je...

Sambil bawa kereta mata aku tak lepas dari memandang cermin sisi kereta depan...tetiba pemandu kereta depan perasan yang aku asyik je memandang dia melalui cermin sisi kereta dia...walaupun aku pasti orang itu bukan 'dia' tetapi kenapa pandangan dia sama dan saling tak tumpah macam 'dia'...cara dia pandang aku...cara dia renung aku buat hati aku jadi tak menentu...bila aku pandang, dia pulak pandang...bila dia pandang aku larikan pandangan aku...tapi kenapa hati aku terdetik yang itu 'dia'???

Siapakah 'DIA' dalam cerita ini biarlah selamanya menjadi rahsia hatiku~ceewahhh poyo sesangat!

Thank you for reading this entry..♡

Isnin, 1 Oktober 2012

~Lauk Kesayangan~

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita pasal makanan pulak...nak di jadikan cerita...kalau aku duduk kampung kan memang aku akan memanjang je makan...bertambah naik lemak badan aku kalau duduk kat kampung...nak-nak kalau bibik kat kampung aku tu masak...tambah pulak dengan air tangan ibu+aku (hihi) memang menjilat jari dan berselera sungguh la aku akan makan...memang superb!!! ^_^

Ok la...kali ni aku cuma nak kongsi pasal masakan kegemaran aku je...memang mudah masakannya...budak tadika pun boleh buat kot...huhu tapi sebelum tu aku nak perkenalkan bahan utama yang akan dimasak atau lebih tepat lagi sayur feveret aku nih...
memang tak sah kalau aku n en. hubby pergi pasar malam kalau tak beli sayur ni...hihihi
Jeng...jeng...jeng...



Yup! sayur terung a.k.a. eggplant...sedap ooo...terung niii...a

Jumaat, 28 September 2012

~Temometer~

Assalamualaikum...



korang dapat agak tak apa benda yang aku tunjuk kan ni???

Pistol!!???

Hahaha..:D bukan la dear...ni adalah salah satu jenis temometer...kegunaan dia adalah untuk ambil suhu kalau budak-budak demam ke...tahu kan...memang senang kerja la kalau guna benda alah ni untuk di praktikkan di tempat kerja, yang memang selalu aku akan gunakan pada setiap hari...ianya tidak mengambil masa yang lama pun...hanya memerlukan beberapa saat je...tapi perlulah di acu pada dahi budak yang demam dulukan...then, bila kita tekan picu macam pistol tu, terus akan ada bunyi *tettt...pastu cuma tengok je suhu yang tertera kat screen belakang dia tu...mudah kan? dan sure menyeronokkan...hihihi

Aku cadang nak belikan la untuk anak aku si Aliya tu...senang sikit tak payah menunggu lama lagi...sebelum ni pun aku guna temometer yang murah-murah je...yang letak kat ketiak tu...memang susah sikit...

Sama la temometer yang aku guna dekat tempat kerja aku tu...dia jenis yang letak kat ketiak jugak...kalau seorang budaknya tak apa la kot...tapi kalo dh sampai 6-12 orang macam mana pulak? nak-nak yang umur baru 3-24 bulan...lagi la susah...mengambil masa dalam seminit jugak kalau nak tahu suhu badan setiap orang budak...

Insyaalah...kalau ada duit mama belikan untuk Aliya ok...

Thank you for reading this entry...♡

~Keputusannya adalah...~

Assalamualikum...

Kepada bloggers yang pernah terbaca tentang perlawanan bowling bagi team LKM untuk menjadi juara dan akan terbang ke Sarawak secara percuma dan hanya di tanggung oleh kerajaan pada entry yang lepas...keputusannya adalah...nak tahu siapa yang menang???



hahaha nampak tu Nuar! ye...pak Nuar kita telah menjadi juaranya...syok la kau Nuar... dapat pergi Sarawak free...aku nak ikut boleh??? of course la kena bayar sendiri kan..huhuhu

En.hubby?? dia tak menang pun...tapi tetap selama-lamanya menjadi penambat hati aku..hikhik poyo la sangat...

Thank you for reading this entry..


~Bowling LKM~

Assalamualaikum...

Ish...dah lama juga ye aku tak buka blog aku ni...

Aku bukannya tak nak buka...apatah lagi tak nak berkongsi cerita kehidupan aku pada korang...cerita aku selama tak sampai sebulan aku tinggalkan blog ni memang banyak sangat...yang lepas-lepas pun masih tertunggak lagi..hihihi lain benor bunyinya...tapi apa kan daya...blog ni dapat tuan yang malas nak update entry dalam blognya...hihihi bukannya xnak buka...tapi selalu je tak sempat...tapi ber'facebook sempat pulak kau kan Syuhada... hahaha itu perkara biasa...WAJIB!!!

Ok la...kali ni aku tak nak cerita gebang sangat la kan... korang tengok je la gambar aku+en. hubby+Princess Aliya Aleesya and the geng from Lembaga Koko Malaysia (LKM) iaitu team tempat kerja en. hubby aku bermain bowling untuk saringan sukan LKM...siapa yang dapat mata yang tertinggi dia akan di hantar ke Sarawak untuk bermain dan mewakili LKM disana nanti...

FUUYYOOOOOO!!!!



Siapa yang nak bagi tu...pergi Sarawak, kerajaan je kot yang tanggung...tempat kerja kau ada???

Yeee...memang tempat kerja aku tak ada buat mcm nih...T_T huhu Jelesnyaaaa laaa...

My♡~aku sebagai peneman a.k.a. pemberi semangat untuk en. hubby...
Bersama budak maha lincah ni~








Rabu, 12 September 2012

~Gajet terbaru~


Assalamualikum


OMG!

Galaxy note!

Mesti ramai yang suka dengan galaxy note ni kan? siapa yang tak suka dengan gajet secanggih ni kan? lelebih lagi kalau dapat free...siapa yang tak nak, memang korang buta la...hihi

Mesti ada juga yang dah lama berhajat nak beli tapi tak mampu nak beli kan? atau dalam proses kumpul-kumpul duit tapi kena tunggu hujung tahun ni baru nak cukup?

Erm...sebenarnya, sama la macam aku...tapi korang nak tau tak macam mana aku boleh dapat galaxy note yang aku idam-idamkan ni, walaupun simpanan duit aku baru rm8++ kat bank?

hihi tak nak bagitahu...:p












ok2, aku akan bagitahu...(mengada-ngada)...

Begini kisahnya...

Petang tadi (ish, macam baru tadi je kejadian tu!) lepas en. hubby balik kerja, en. hubby panggil aku masuk bilik, aku ingatkan nak suruh aku buat air minuman dia ke apa kan...aku pun masuk je la dalam bilik...dia bagi kat aku beg plastik hitam...aku ingatkan baju kotor dia ke suruh aku basuh...buka-buka je plastik hitam tu, rupa-rupanya ada bungkusan kotak lak kat dalam plastik hitam tu...hati dah mula berdebar-debar menantikan apa yang aku akan buka...buka je kotak tu...memang cornfirm la handphone faveret aku...Galaxy Note!! teranjat boboi...hihi dalam hati serba salah sangat kat en. hubby sebab selama ni pn dah macam-macam dia belikan barang-barang mahal untuk aku tau...rasa macam tak terbalas je jasa dan pengorbanan dia nih...thank you en. hubby...

p/s : I♡you, en. hubby...muaahhh!

Jumaat, 7 September 2012

New blogger : Sila beri tunjuk ajar...

Assalamualaikum kepada senior-senior blogger world...

Putri Aliya Aleesya
Aku pendatang asing baru, harap senior-senior dapat beri tunjuk ajar...segala salah silap aku lepas ini harap dapat di ampunkan dan diberi teguran...tQ..=)

Memang aku tipu la kalau budak sebesar ni boleh ada dan tulis blog kan...


Aku
Tentu la mamanya yang menulis blog ni...aku just tumpang glamour nama anak je...hihi

kbai...

Thanks for reading my short entry dan salam perkenalan...;)