Jumaat, 28 September 2012

~Temometer~

Assalamualaikum...



korang dapat agak tak apa benda yang aku tunjuk kan ni???

Pistol!!???

Hahaha..:D bukan la dear...ni adalah salah satu jenis temometer...kegunaan dia adalah untuk ambil suhu kalau budak-budak demam ke...tahu kan...memang senang kerja la kalau guna benda alah ni untuk di praktikkan di tempat kerja, yang memang selalu aku akan gunakan pada setiap hari...ianya tidak mengambil masa yang lama pun...hanya memerlukan beberapa saat je...tapi perlulah di acu pada dahi budak yang demam dulukan...then, bila kita tekan picu macam pistol tu, terus akan ada bunyi *tettt...pastu cuma tengok je suhu yang tertera kat screen belakang dia tu...mudah kan? dan sure menyeronokkan...hihihi

Aku cadang nak belikan la untuk anak aku si Aliya tu...senang sikit tak payah menunggu lama lagi...sebelum ni pun aku guna temometer yang murah-murah je...yang letak kat ketiak tu...memang susah sikit...

Sama la temometer yang aku guna dekat tempat kerja aku tu...dia jenis yang letak kat ketiak jugak...kalau seorang budaknya tak apa la kot...tapi kalo dh sampai 6-12 orang macam mana pulak? nak-nak yang umur baru 3-24 bulan...lagi la susah...mengambil masa dalam seminit jugak kalau nak tahu suhu badan setiap orang budak...

Insyaalah...kalau ada duit mama belikan untuk Aliya ok...

Thank you for reading this entry...♡

~Keputusannya adalah...~

Assalamualikum...

Kepada bloggers yang pernah terbaca tentang perlawanan bowling bagi team LKM untuk menjadi juara dan akan terbang ke Sarawak secara percuma dan hanya di tanggung oleh kerajaan pada entry yang lepas...keputusannya adalah...nak tahu siapa yang menang???



hahaha nampak tu Nuar! ye...pak Nuar kita telah menjadi juaranya...syok la kau Nuar... dapat pergi Sarawak free...aku nak ikut boleh??? of course la kena bayar sendiri kan..huhuhu

En.hubby?? dia tak menang pun...tapi tetap selama-lamanya menjadi penambat hati aku..hikhik poyo la sangat...

Thank you for reading this entry..


~Bowling LKM~

Assalamualaikum...

Ish...dah lama juga ye aku tak buka blog aku ni...

Aku bukannya tak nak buka...apatah lagi tak nak berkongsi cerita kehidupan aku pada korang...cerita aku selama tak sampai sebulan aku tinggalkan blog ni memang banyak sangat...yang lepas-lepas pun masih tertunggak lagi..hihihi lain benor bunyinya...tapi apa kan daya...blog ni dapat tuan yang malas nak update entry dalam blognya...hihihi bukannya xnak buka...tapi selalu je tak sempat...tapi ber'facebook sempat pulak kau kan Syuhada... hahaha itu perkara biasa...WAJIB!!!

Ok la...kali ni aku tak nak cerita gebang sangat la kan... korang tengok je la gambar aku+en. hubby+Princess Aliya Aleesya and the geng from Lembaga Koko Malaysia (LKM) iaitu team tempat kerja en. hubby aku bermain bowling untuk saringan sukan LKM...siapa yang dapat mata yang tertinggi dia akan di hantar ke Sarawak untuk bermain dan mewakili LKM disana nanti...

FUUYYOOOOOO!!!!



Siapa yang nak bagi tu...pergi Sarawak, kerajaan je kot yang tanggung...tempat kerja kau ada???

Yeee...memang tempat kerja aku tak ada buat mcm nih...T_T huhu Jelesnyaaaa laaa...

My♡~aku sebagai peneman a.k.a. pemberi semangat untuk en. hubby...
Bersama budak maha lincah ni~








Rabu, 12 September 2012

~Gajet terbaru~


Assalamualikum


OMG!

Galaxy note!

Mesti ramai yang suka dengan galaxy note ni kan? siapa yang tak suka dengan gajet secanggih ni kan? lelebih lagi kalau dapat free...siapa yang tak nak, memang korang buta la...hihi

Mesti ada juga yang dah lama berhajat nak beli tapi tak mampu nak beli kan? atau dalam proses kumpul-kumpul duit tapi kena tunggu hujung tahun ni baru nak cukup?

Erm...sebenarnya, sama la macam aku...tapi korang nak tau tak macam mana aku boleh dapat galaxy note yang aku idam-idamkan ni, walaupun simpanan duit aku baru rm8++ kat bank?

hihi tak nak bagitahu...:p












ok2, aku akan bagitahu...(mengada-ngada)...

Begini kisahnya...

Petang tadi (ish, macam baru tadi je kejadian tu!) lepas en. hubby balik kerja, en. hubby panggil aku masuk bilik, aku ingatkan nak suruh aku buat air minuman dia ke apa kan...aku pun masuk je la dalam bilik...dia bagi kat aku beg plastik hitam...aku ingatkan baju kotor dia ke suruh aku basuh...buka-buka je plastik hitam tu, rupa-rupanya ada bungkusan kotak lak kat dalam plastik hitam tu...hati dah mula berdebar-debar menantikan apa yang aku akan buka...buka je kotak tu...memang cornfirm la handphone faveret aku...Galaxy Note!! teranjat boboi...hihi dalam hati serba salah sangat kat en. hubby sebab selama ni pn dah macam-macam dia belikan barang-barang mahal untuk aku tau...rasa macam tak terbalas je jasa dan pengorbanan dia nih...thank you en. hubby...

p/s : I♡you, en. hubby...muaahhh!

Jumaat, 7 September 2012

New blogger : Sila beri tunjuk ajar...

Assalamualaikum kepada senior-senior blogger world...

Putri Aliya Aleesya
Aku pendatang asing baru, harap senior-senior dapat beri tunjuk ajar...segala salah silap aku lepas ini harap dapat di ampunkan dan diberi teguran...tQ..=)

Memang aku tipu la kalau budak sebesar ni boleh ada dan tulis blog kan...


Aku
Tentu la mamanya yang menulis blog ni...aku just tumpang glamour nama anak je...hihi

kbai...

Thanks for reading my short entry dan salam perkenalan...;)